Thursday, June 28, 2007

BELADIRI & BANGGADIRI


Beladiri dan bangga diri adalah berbeza, beladiri adalah dgn adanya ilmu silat atau apa2
ilmu persilatan yg telah dipelajari manakala banggadiri pula akan timbul jika anda
merasa diri anda sudah terlalu hebat,
riak dan takbur. Sebab itulah, di masa kini kita dapat lihat anak-anak muda
yang menjadi samseng setelah mempelajari silat. Pukul orang, peras ugut dan
macam-macam perkara jenayah lagi. Kenapa ini semua terjadi? Tanyalah diri
kita sendiri. Jika kita termasuk di dalam golongan ini, janganlah mengisytiharkan
anda pengamal Ilmu Persilatan Melayu yang sejati kerana kelak akan memakan diri
anda sendiri. Mungkin di dunia atau akhirat. Kembalilah kepada landasan sebenar.

Tidak salah untuk mempelajari ilmu ini, yang pasti jgn kita sampai lupa diri dan Pencipta.
beladiri adalah untuk mempertahankan diri dr segala ancaman musuh. Dipelajari dan beramal
dgn apa yg dipelajari.
Silat Melayu adalah penzahiran seni budaya Melayu yang telah diamalkan selama
beratus tahun di seluruh Nusantara. Ia merupakan lambang peradaban orang Melayu
di rantau ini dan kini masih diamalkan segenap lapisan masyarakat Melayu yang
menetap di Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei.

Walaupun ia dipanggil dengan berbagai jenis nama, Seni Silat, Pencak Silat,

Gayung, Pukulan dan lain-lain lagi tetapi nyata Silat itu mempunyai maksud dan
pengertiannya sendiri kepada setiap yang mengamalkannya.

Sejak beratus tahun dahulu, Silat Melayu telah mengalami kajian dan penelitian
yang mendalam sehingga menghasilkan fahaman gerak yang jitu dan berguna di dalam
keadaan aman dan genting. Ia tersendiri secara langsung hasil daripada budaya
Melayu dan ciri-cirinya yang tidak terjumpa di mana-mana bangsa lain seluruh dunia.

persilatan seringkali dikaitkan dengan Melayu dan Islam. Adakah orang
bukan Islam tidak boleh mempelajari Ilmu Persilatan Melayu ? Yang sebenarnya,
ilmu persilatan Melayu mengamalkan sikap yang terbuka sama ada untuk pengamal
yang beragama Islam ataupun tidak. Jika tidak manakan mungkin ilmu ini dapat
berkembang di serata dunia. Apa yang berbeza ialah mengenai kebatinan dalam Ilmu
Persilatan Melayu. Oleh kerana silat di asaskan oleh orang beragama Islam,
maka ilmu kebatinannya pun mengikut ajaran Islam.

dalam mempelajari silat, bukanlah kebatinan itu yang hendak di capai tetapi
adalah untuk kekuatan dan keyakinan diri jika berhadapan dengan musuh. selain
itu ia juga dapat mendisiplinkan diri dan juga menjaga diri kita dari
melakukan kemungkaran.

saya melihat bahawa ilmu persilatan banyak mengajar seseorg individu
menjaga tingkah laku, agamanya, solat jangan tinggal dan menghormati orang tua
dan lain2 perkara yg baik serta murni.

tetapi akan berlaku sebaliknya jika terlalu banggadiri dgn apa yg dimilikinya.
bila dah terlalu bangga, mereka akan menyalah gunakan ilmu yang di pelajari bahkan
begitu angkuh bila berhadapan dgn org lain. Bukan ini yang di ajar dan dituntut dlm
mempelajari ilmu silat. Jangan sekali kali kita mengeruhkan air yang jernih kerana kelak
akan bisa merosakkan segalanya. Jika kita dilandas yang benar insyaAllah ilmu silat dapat
menjaga maruah diri, keluarga, agama dan bangsa melayu kita.

Untuk menjadi pendekar yang sejati, anda mestilah mempunyai pegangan agama
yang kukuh bukannya hanya sekadar tahu yang asas shj.
Pahlawan Melayu lama seperti Hang Tuah 5 bersaudara, Mat Kilau, Dato' Maharaja Lela,
Tok Janggut, Tokku Paloh, Tok Gajah, Dato' Bahaman dan banyak lagi merupakan antara
nama yang patuh terhadap Islam. Contohnya Tokku Paloh, selain dari mahir di dalam
Ilmu Persilatan Melayu, beliau juga merupakan seorang tokoh agama yang di segani.
Oleh itu, janganlah sesekali kita merasa bahawa kita hebat setelah mengalahkan musuh
kita dan merasa bahawa kita lah pendekar sejati jika kita masih tidak berpegang
teguh terhadap ajaran Islam yang sejati.

WALLAHU'ALAM


No comments: