Monday, June 18, 2007

Apa Nak Jadi Remaja Sekarang.

KUANTAN: Perbuatan merakam aksi lucah
melalui telefon bimbit bukan saja
mudah dilakukan, malah kini makin
menjadi-jadi.

Terbaru membabitkan klip video
memaparkan sekumpulan pelajar lelaki
sekolah menengah mencabul seorang
pelajar perempuan di tepi parit.

Selepas klip video aksi kurang ajar
kumpulan Mat Rempit merakam aksi
melampau mereka mencabul seorang gadis
bertudung disebar menggunakan telefon
bimbit baru-baru ini, kini klip video
terbaru bertajuk ‘budak sekolah
berani’ itu hangat diperkatakan di
kalangan pelajar.

Di Petik Dari HarianMetro [18/6/07]

Begitu biadap dan amat kurang ajar tindakan para remaja yg mencabul gadis tersebut. Inikah yg dikatakan pelajar yg terpelajar. kemana hilangnya didikan yg diterima di sekolah mahupun di rumah. Kejadian ini bukan jarang2 lg berlaku tapi dah selalu sangat selepas tersebarnya kes di cabul mat rempit, kali ini mengenai remaja sekolah pula.
Nampaknya semakin menjadi2 perkara begini. Remaja sekarang makin berani menunjukkan kebiadaban mereka. Ingatkan selepas kes dicabul mat rempit mungkin kurang berlaku, tp berlaku sebaliknya malah lebih parah dan sukar di kawal.
Mana perginya rasa takut mereka pd Tuhan, bagaimanakah didikan yg diterima mereka, bila dibaca isu ini saya menggelengkan kepala, kenapa perkara ini blh berlaku dikalangan pelajar sekolah, Jika pelajar sekolah pun dah berani buat hal inikan pula org lain, agaknya mereka ni dah terikut budaya mat2 rempit tu agaknya.

Oleh itu ibu bapa wajib mendidik, menjaga, memerhati anak2 mereka, guru2 juga tdk terlepas utk memastikan setiap pelajar dan pergaulan sesama mereka. Pastikan yg terbaik adalah untk anak2 bukan utk kesenangan dunia semata2.

Remaja adalah aset negara yang paling penting dalam melahirkan sebuah masyarakat yang bermoral dan berbudi luhur. Jika remaja pada hari ini tergolong insan rosak akhlak dan moralnya, maka pada masa akan datang mewarisi keperibadian yang rosak pula dalam memimpin ummah ini. Jadi merupakan perkara yang paling penting adalah mendidik para remaja kepada jalan yang benar dan bertakwa kepada Allah SWT.

Dalam membina moral remaja perlunya persepaduan kerjasama antara keluarga, sekolah dan masyarkat. Ketiga institusi ini berperanan dalam membina generasi muda ke arah kecemerlangan ataupun ke arah kemantapan. Begitu juga dalam diri remaja itu sendiri perlu adanya kesedaran kepada kebaikan dan pembinaan diri. Perkara yang paling asas pendidikan remaja yang bermoral adalah ilmu dan pengetahuan agama, jika nilai-nilai agama dipraktikkan oleh ketiga institusi tadi dan diterapkan dalam diri remja, maka insyaAllah, remaja di negara ini akan menjadi generasi yang cemerlang dan terhindar dari perangai yang busuk dan tercela.

Dalam suasana kebebasan yang ada pada hari ini setiap individu muslim harus menyedari batas-batas pergaulan agar terhindar dari perkara terkutuk sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Isra' ayat ke 32 yang bermaksud: " Dan janganlah kamu mendekati zina ".

Cabaran hidup masa kini memang sedikit sebanyak mempengaruhi gaya hidup kita jika kita tidak membentengi diri dengan jalan mengendalikan hawa nafsu. Hawa nafsu membawa seseorang lebih cinta kepada dunia dan melupakan kepada kehidupan yang kekal abadi di akhirat nanti. Jadi apa yg perlu adalah kita semua peringkat melengkapi diri dengan ilmu-ilmu agama Islam, dengan sendirinya hawa nafsu dapat dikendalikan dengan sempurna dan baik.
Wallahu A'lam.




No comments: