Tuesday, July 3, 2007

Malaysia Ku kini.



Hari demi hari aku baca Harian Metro, dan hari ni punya metro agak dahsyat cerita di muka hadapan. Agak terperanjat dan menghelah panjang. Sungguh dahsyat Malaysia tanah airku yang bakal menyambut kemerdekaan yang ke 50 tak berapa lama lagi. Dua hari yang lepas PANASSS dengan adegan aksi budak sekolah dan kali ni pula lebih kurang sama la. Panas kerana semuanya terkena panahan syaitan. Ini lah dia kebejatan sosial negaraku Malaysia yang tak akan berkesudahan sekiranya Islam tidak dpt nak dilaksanakan sepenuhnya, rasa mcm tak ada langsung pihak yg berkuasa nak tangani semua ni. Mana perginya pemimpin negara kita yang disanjungi, adakah sibuk dengan kes Altantuya dan hal-hal kekayaan negara. Mana perginya remaja muslim hari ini. Mana perginya ibu bapa mereka? adakah hanya membiarkan anak2 terpelosok dengan keseronokan dunia semata2. Mana perginya kewajipan remaja muslim hari ini? kita kena ingat bahawa remaja muslim adalah pemangkin kepimpinan akan datang. Jika rosak hari ini, maka rosaklah hari esok. Belum tentu dapat dibaiki jika perkara sebegini tak dapat nak di islahkan. Ingin diingatkan kepada semua bahawa ada Empat perkara yang wajib ke atas remaja islam masa kini:

1. Kewajipan memahami islam secara sahih.

> Jika perkara pertama ini tak dapat nak difahami maka 3 perkara lg sudah tentu tak dpt nk dilaksanakan juga.

2. Kewajipan beramal dengan Islam
>Pelajarilah dan penuhilah dgn ilmu.Islam inginkan ilmu yg membuahkan amal dan beramalah dgn islam yg sempurna.

3.Kewajipan berdakwah kpd Islam
>Tidak sempurna jika seorang individu yg baik tidak berdakwah dan memperbetulkan orang lain. Islam telah mentaklifkan agar kita mengislahkan org lain.

4.Kewajipan bersatu atas Islam.

>Semestinya antara kita saling tolong menolong dan bersatu atas islam dan berpegang dgn ajaran islam dan mengikat ukhuwah islamiah. Tidak ada gerak kerja bersendirian krn tdk memadai dan tak kn termampu. Oleh itu gembleng kekuatan antara kita utk mengajak kearah kebaikan.

Inilah antara 4 kewajipan yg telah disebutkan oleh Prof. Dr Yusof Al Qardhawi. Sy hanya ingin menyampaikan dan mengingatkan kpd semua akan 4 perkara ini. Selaku remaja pada masa kini wajib untuk kita memahami dan sampaikan pada remaja lain di luar sana.

Wallahu'alam.