Thursday, August 23, 2007



Dalam kepayahan hati berbicara, diri ini perlu tabah dan bersedia, menghadapi segala kemungkinan yg bakal tiba, sememangnya adalah sukar diduga, tetapi yakin dan percayalah, segalanya sudah tertulis buat mereka yg sentiasa sabar, berdoa dan bertawakal kepadaNya.
Kesenangan tdk akan datang bergolek, dan tidak akan dpt dicapai tanpa ada usaha dan kesungguhan, yakin dan percayalah segala rezeki dtgnya dari Allah. Berdoa dan menangislah memohon kepadaNya. Sesungguhnya Dia Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

firman Allah S.W.T : " Allah kelak akan memberi kelapangan sesudah kesempitan" Talak:7

Tidak akan datang kesenangan sebelum menempuh kesusahan, tidak ada mereka yg berjaya dgn mudah tanpa menempuh dugaan dan kepayahan. Bukankah kejayaan itu hadir dgn usaha dan perjuangan yg jitu dan sabar? Begitu juga Nabi kita Muhammad S.A.W, tidak mudah utk Baginda berjaya dlm perjuangannya tanpa menempuh segala ujian dr Allah S.W.T. Adalah menjadi sunnah kpd kita utk mengikut jejak langkah baginda dlm menyelusuri perjuangan hidup ini dengan sabar tanpa berputus asa. Sebesar mana ujian yg kita pikul besar lagi ujian yg dihadapi oleh Rasullullah S.A.W.

Musibah, Sabar dan Redho itu bakal dihadapi bg mereka yg bergelar khalifah dimuka bumi ini tdk kira dimana berada.

"Kejayaan sebenar adalah terletak pada tidak pernah jatuhnya seseorang....
tetapi manusia mana yang tidak pernah melakukan kesalahan. Oleh itu kejayaan
yang sebenar-benarnya adalah kesanggupan tegak kembali pada setiap kali jatuh..."

Tuesday, July 3, 2007

Malaysia Ku kini.



Hari demi hari aku baca Harian Metro, dan hari ni punya metro agak dahsyat cerita di muka hadapan. Agak terperanjat dan menghelah panjang. Sungguh dahsyat Malaysia tanah airku yang bakal menyambut kemerdekaan yang ke 50 tak berapa lama lagi. Dua hari yang lepas PANASSS dengan adegan aksi budak sekolah dan kali ni pula lebih kurang sama la. Panas kerana semuanya terkena panahan syaitan. Ini lah dia kebejatan sosial negaraku Malaysia yang tak akan berkesudahan sekiranya Islam tidak dpt nak dilaksanakan sepenuhnya, rasa mcm tak ada langsung pihak yg berkuasa nak tangani semua ni. Mana perginya pemimpin negara kita yang disanjungi, adakah sibuk dengan kes Altantuya dan hal-hal kekayaan negara. Mana perginya remaja muslim hari ini. Mana perginya ibu bapa mereka? adakah hanya membiarkan anak2 terpelosok dengan keseronokan dunia semata2. Mana perginya kewajipan remaja muslim hari ini? kita kena ingat bahawa remaja muslim adalah pemangkin kepimpinan akan datang. Jika rosak hari ini, maka rosaklah hari esok. Belum tentu dapat dibaiki jika perkara sebegini tak dapat nak di islahkan. Ingin diingatkan kepada semua bahawa ada Empat perkara yang wajib ke atas remaja islam masa kini:

1. Kewajipan memahami islam secara sahih.

> Jika perkara pertama ini tak dapat nak difahami maka 3 perkara lg sudah tentu tak dpt nk dilaksanakan juga.

2. Kewajipan beramal dengan Islam
>Pelajarilah dan penuhilah dgn ilmu.Islam inginkan ilmu yg membuahkan amal dan beramalah dgn islam yg sempurna.

3.Kewajipan berdakwah kpd Islam
>Tidak sempurna jika seorang individu yg baik tidak berdakwah dan memperbetulkan orang lain. Islam telah mentaklifkan agar kita mengislahkan org lain.

4.Kewajipan bersatu atas Islam.

>Semestinya antara kita saling tolong menolong dan bersatu atas islam dan berpegang dgn ajaran islam dan mengikat ukhuwah islamiah. Tidak ada gerak kerja bersendirian krn tdk memadai dan tak kn termampu. Oleh itu gembleng kekuatan antara kita utk mengajak kearah kebaikan.

Inilah antara 4 kewajipan yg telah disebutkan oleh Prof. Dr Yusof Al Qardhawi. Sy hanya ingin menyampaikan dan mengingatkan kpd semua akan 4 perkara ini. Selaku remaja pada masa kini wajib untuk kita memahami dan sampaikan pada remaja lain di luar sana.

Wallahu'alam.

Thursday, June 28, 2007

BELADIRI & BANGGADIRI


Beladiri dan bangga diri adalah berbeza, beladiri adalah dgn adanya ilmu silat atau apa2
ilmu persilatan yg telah dipelajari manakala banggadiri pula akan timbul jika anda
merasa diri anda sudah terlalu hebat,
riak dan takbur. Sebab itulah, di masa kini kita dapat lihat anak-anak muda
yang menjadi samseng setelah mempelajari silat. Pukul orang, peras ugut dan
macam-macam perkara jenayah lagi. Kenapa ini semua terjadi? Tanyalah diri
kita sendiri. Jika kita termasuk di dalam golongan ini, janganlah mengisytiharkan
anda pengamal Ilmu Persilatan Melayu yang sejati kerana kelak akan memakan diri
anda sendiri. Mungkin di dunia atau akhirat. Kembalilah kepada landasan sebenar.

Tidak salah untuk mempelajari ilmu ini, yang pasti jgn kita sampai lupa diri dan Pencipta.
beladiri adalah untuk mempertahankan diri dr segala ancaman musuh. Dipelajari dan beramal
dgn apa yg dipelajari.
Silat Melayu adalah penzahiran seni budaya Melayu yang telah diamalkan selama
beratus tahun di seluruh Nusantara. Ia merupakan lambang peradaban orang Melayu
di rantau ini dan kini masih diamalkan segenap lapisan masyarakat Melayu yang
menetap di Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei.

Walaupun ia dipanggil dengan berbagai jenis nama, Seni Silat, Pencak Silat,

Gayung, Pukulan dan lain-lain lagi tetapi nyata Silat itu mempunyai maksud dan
pengertiannya sendiri kepada setiap yang mengamalkannya.

Sejak beratus tahun dahulu, Silat Melayu telah mengalami kajian dan penelitian
yang mendalam sehingga menghasilkan fahaman gerak yang jitu dan berguna di dalam
keadaan aman dan genting. Ia tersendiri secara langsung hasil daripada budaya
Melayu dan ciri-cirinya yang tidak terjumpa di mana-mana bangsa lain seluruh dunia.

persilatan seringkali dikaitkan dengan Melayu dan Islam. Adakah orang
bukan Islam tidak boleh mempelajari Ilmu Persilatan Melayu ? Yang sebenarnya,
ilmu persilatan Melayu mengamalkan sikap yang terbuka sama ada untuk pengamal
yang beragama Islam ataupun tidak. Jika tidak manakan mungkin ilmu ini dapat
berkembang di serata dunia. Apa yang berbeza ialah mengenai kebatinan dalam Ilmu
Persilatan Melayu. Oleh kerana silat di asaskan oleh orang beragama Islam,
maka ilmu kebatinannya pun mengikut ajaran Islam.

dalam mempelajari silat, bukanlah kebatinan itu yang hendak di capai tetapi
adalah untuk kekuatan dan keyakinan diri jika berhadapan dengan musuh. selain
itu ia juga dapat mendisiplinkan diri dan juga menjaga diri kita dari
melakukan kemungkaran.

saya melihat bahawa ilmu persilatan banyak mengajar seseorg individu
menjaga tingkah laku, agamanya, solat jangan tinggal dan menghormati orang tua
dan lain2 perkara yg baik serta murni.

tetapi akan berlaku sebaliknya jika terlalu banggadiri dgn apa yg dimilikinya.
bila dah terlalu bangga, mereka akan menyalah gunakan ilmu yang di pelajari bahkan
begitu angkuh bila berhadapan dgn org lain. Bukan ini yang di ajar dan dituntut dlm
mempelajari ilmu silat. Jangan sekali kali kita mengeruhkan air yang jernih kerana kelak
akan bisa merosakkan segalanya. Jika kita dilandas yang benar insyaAllah ilmu silat dapat
menjaga maruah diri, keluarga, agama dan bangsa melayu kita.

Untuk menjadi pendekar yang sejati, anda mestilah mempunyai pegangan agama
yang kukuh bukannya hanya sekadar tahu yang asas shj.
Pahlawan Melayu lama seperti Hang Tuah 5 bersaudara, Mat Kilau, Dato' Maharaja Lela,
Tok Janggut, Tokku Paloh, Tok Gajah, Dato' Bahaman dan banyak lagi merupakan antara
nama yang patuh terhadap Islam. Contohnya Tokku Paloh, selain dari mahir di dalam
Ilmu Persilatan Melayu, beliau juga merupakan seorang tokoh agama yang di segani.
Oleh itu, janganlah sesekali kita merasa bahawa kita hebat setelah mengalahkan musuh
kita dan merasa bahawa kita lah pendekar sejati jika kita masih tidak berpegang
teguh terhadap ajaran Islam yang sejati.

WALLAHU'ALAM


Tuesday, June 26, 2007

Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Fadzilah Kamsah

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada
beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr.
Haji Fadzilah Kamsah (my Idol) dari kuliah motivasi beliau.

1) Dirikan solat dan banyakkan berdo'a -
Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan
"Ya,Allah jadikan hatiku bersih"

2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur -
Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Di samping dosa-dosa diampunkan,
otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3) Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan
menenangkan minda.

4) Membaca Al-Quran -
Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi.
Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5) Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6) Bisikan kepada diri perkara yang positif -
Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan
diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya... ... (perkara yang elok- elok belaka)

7) Program minda/cuci minda -
Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati
"Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya,ceria,
bersemangat,aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum
tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!

8) Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9) Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan,
tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)

10) Kekalkan wuduk

11) Bersedekah

12) Belanja orang makan dan juga saya sekali.

13) Jaga makanan - jangan makan makanan yang syubhat

14) Berkawan dengan ulama

15) Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)

16) Pesan pada orang, jadi baik

17) Menjaga pancaindera (mata, telinga, mulut... dsb), jangan dengar orang mengumpat.

Motivasi ini adalah untuk dikongsi bersama sahabat sekalian. Mudah mudahan diberi kelapangan pd diri kita untuk membuat segala kebaikan.

Wallahu'alam

Sunday, June 24, 2007

Kewajipan Mengundi Mengikut Syara'

Sudah diketahui bahawa Pemerintahan Islam itu berbentuk khilafah. Pembentukan dilakukan melalui perlantikan pemimpin tertinggi iaitu khalifah dan khalifah pula akan melantik pembantu-pembantunya sama ada jemaah menteri, ahli syura dan lain-lain.

Dalam keadaan biasa, perlantikan khalifah itu berlaku melalui tiga peringkat pencalonan, penapisan calon dan pungutan suara rakyat yang berhak bersuara. Ia dikenali dengan Bai’ah Ammah.

Hal ini dipetik dari peristiwa perlantikan Saidina Abu B
akar Al Siddiq, di mana beliau dicalonkan dan disahkan pencalonannya di dalam perhimpunan Saqifah Bani Saidah, kemudian selepas itu dilakukan ‘baiah 'ammah’ di masjid Al Nabawi.

Baiah 'ammah itu kadangkala dipanggil pungutan suara
ramai, kadangkala digelar dengan nama Al Syahadah iaitu para saksi yang juga dipanggil pengundi memberikan penyaksiannya bahawa calon itu adalah layak memiliki syarat-syarat yang dikehendaki oleh Islam.

Kewajipan Ummah di dalam Menegakkan Pemerintahan Islam

Sama ada persetujuan kepada pencalonan yang kita sebutkan di atas dibuat atas nama ‘Baiah Ammah’ atau ‘Al Syahadah’ maka setiap umat Islam yang aqil baligh wajiblah menyertainya. Atas nama baiah ianya wajib kerana bersandarkan sabda Rasulullah s.a.w. yang maksudnya:

“Sesiapa yang mati dan tidak pernah melakukan baiah nescaya matinya itu dalam keadaan jahiliyyah”.

Antara maksud lafaz baiah itu ialah:


“Aku memberi baiah kepada kamu dengan syarat kamu menegakkan kepada kami Kitab Allah dan Sunnah Rasulnya”.

Adapun atas nama Al Syahadah, ianya diwajibkan bersandarkan kepada antara lainnya Firman Allah Ta'ala, maksudnya:

Dan hendaklah kamu persaksikan dua orang yang adil dari kalangan kamu”. (At Talaq:2)


Firman Allah lagi, maksudnya:

Dan hendaklah menegakkan syahadah semata-mata kerana Allah”. (At-Talaq:2)

Firman Allah Ta’ala lagi, maksudnya:

“Dan janganlah kamu menyembunyikan syahadah dan sesiapa yang menyembunyikannya maka sesungguhnya berdosalah hatinya”. (Al-Baqarah: 283)

Oleh kerana itu para pengundi haruslah mempunyai syarat-syarat yang ada pada saksi, antara lainnya bersifat adil. Mereka memberikan persetujuan kepada seseorang calon itu hanya berdasarkan kelayakan peribadi dan matlamat pencalonan seperti mana hadith Rasulullah s.a.w. yang maksudnya:

Aku memberi baiah kepada kamu dengan syarat kamu menegakkan kepada kami Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya”.

Pemerintahan Islam itu berbentuk khilafah atau Imaratul Mukminin ataupun al Imamah al ‘Uzma. Ia merupakan sebuah pemerintahan yang berteraskan kepada syariat Islamiyyah sama ada pada perlembagaannya, undang-undangnya, eko
nominya dan lain-lainnya. Ia ditakrifkan oleh Al Mawardi, Abu Yu’la, Ibnu Khaldun dan lain-lain dengan maksud :

“mengalang ganti kenabian dalam urusan menjaga agama dan mentadbirkan dunia dengannya”.

Pengertian ini dibuat berdasarkan kata-kata Abu Bakar Al Siddiq r.a. sesudah wafatnya Rasulullah s.a.w. maksudnya:

“Muhammad sudah wafat, maka agama ini sudah pasti memerlukan orang yang mengurusnya”.


Kata-kata ini terus mendapat sokongan dan persetujuan padu dari kalangan para sahabat yang menghadiri perhimpunan Saqifah Bani Sa’adah yang berakhir dengan pencalonan beliau (Abu Bakar) sebagai khalifah menggantikan Rasulullah s.a.w.

Hukum Menegakkan Pemerintahan Islam

Ramai di kalangan ‘alim ulama’ yang bercakap tentang perkara ini, yang biasa didengari ialah seperti Al Imam Al Mawardi, Abu Yu;la, Ibnu Khald
un, (faqih Siasi), Imam Al Haramain Al Juwaini, (Faqih Ijtima’ie), Imam Al Ghazali, (Faqih Tasawwuf) dan lain-lain lagi. Sebagai contoh kita ambil sahaja kata-kata al Faqih al Ma’ruf Ibnu Hazam Al Andalusi:

“Para ulama’ daripada Ahlu Sunnah wal Jamaah, Al Murji’ah, As Syiah dan Khawarij bersatu pendapat dalam mengatakan bahawa menegakkan Pemerintahan Islam itu adalah wajib, maka seluruh umat berkewajipan melakukan taat kepada Imam yang adil yang menegakkan ke atas mereka hukum hakam Allah, yang mentadbir dan memerintah mereka dengan syariat Allah yang dibawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Namun begitu terdapat satu puak daripada Al Khawarij yang bergelar Al Najdat mengatakan bahawa tidak wajibnya menegekkan kerajaan yang serupa itu. Walau bagaimanapun mereka sudah tidak wujud lagi dewasa ini.

Pendapat mereka ditolak oleh Ijma’ mereka yang telah disebutkan itu, lebih-lebih lagi apabila kita dapati Al-Quran dan Al-Sunnah turut menyatakan wajibnya menegakkan pemerintahan yang serupa itu.

Wajibnya menegakkan Pemerintahan Islam itu berdasarkan Syara’ dan berdasarkan ‘Aqal

Kita telah menyatakan bahawa menegakkan pemerintahan Islam itu wajib. Apakah wajibnya itu berdasarkan syara' atau berdasarkan ‘aqal atau kedua-duanya sekali?

Al Mawardi, Abu Yu’la, Ibnu Hazam dan Ibnu Khaldun menyatakan bahawa syara’ dan ‘aqal sama-sama mewajibkan kita menegakkan pemerintahan Islam. Hal ini berdasarkan Al-Quran, Al-sunnah, Al-Ijma dan ‘aqal (logik). Antara lain Firman Allah Ta’ala:

Ayat ini menfardhukan kepada kita mentaati Allah, Rasul dan Ulu Al Amri yang memerintah kita. Rasulullah s.a.w. antara lainnya ada bersabda:

Selain dari Al-Quran dan Al-Sunnah, para saha
bat dan tabi’in telah sebulat suara mengatakan wajibnya menegakkan pemerintahan yang serupa itu (Pemerintahan Islam).

Dari segi logiknya pula, manusia itu tidak boleh hidup dalam keadaan porak peranda tanpa tanzim, maka setiap tanzim perlu kepada pihak yang berkuasa, maka yang berkuasa di dalam sesebuah negara ialah pemerintah. Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya:

“Jika tiga orang berada dalam pelayaran maka hendaklah mereka melantik seorang ketua”.

Hadis ini menunjukkan bahawa nabi mewajibkan perlantikan ketua dalam kumpulan yang kecil, maka apatah lagi kumpulan yang lebih besar da
n tersebar.

Cara-cara Menegakkan Pemerintahan Islam

Sebelum itu, telah dinyatakan bahawa Pemerintahan Islam itu berbentuk khilafah. Pembentukan dilakukan melalui perlantikan pemimpin tertinggi iaitu khalifah dan khalifah pula akan melantik pembantu-pembantunya sama ada jemaah menteri, ahli syura dan lain-lain.

Dalam keadaan biasa, perlantikan khalifah itu berlaku melalui tiga peringkat pencalonan, penapisan calon dan pungutan suara rakyat yang berhak bersuara. Ia dikenali dengan Bai’ah Ammah.

Hal ini dipetik dari peristiwa perlantikan Saidina Abu Bakar Al Siddiq, di mana beliau dicalonkan dan disahkan pencalonannya di dalam perhimpunan Saqifah Bani Saidah, kemudian selepas itu dilakukan ‘baiah 'ammah’ di masjid Al Nabawi.

Baiah 'ammah itu kadangkala dipanggil pungutan suara ramai, kadangkala digelar dengan nama Al Syahadah iaitu para saksi yang juga dipanggil pen
gundi memberikan penyaksiannya bahawa calon itu adalah layak memiliki syarat-syarat yang dikehendaki oleh Islam.

Kewajipan Ummah di dalam Menegakkan Pemerintahan Islam

Sama ada persetujuan kepada pencalonan yang kita sebutkan di atas dibuat atas nama ‘Baiah Ammah’ atau ‘Al Syahadah’ maka setiap umat Islam yang aqil baligh wajiblah menyertainya. Atas nama baiah ianya wajib kerana bersandarkan sabda Rasulullah s.a.w. yang maksudnya:

“Sesiapa yang mati dan tidak pernah melakukan baiah nescaya matinya itu dalam keadaan jahiliyyah”.


Antara maksud lafaz baiah itu ialah:

“Aku memberi baiah kepada kamu dengan syarat kamu menegakkan kepada kami Kitab Allah dan Sunnah Rasulnya”.

Adapun atas nama Al Syahadah, ianya diwajibkan bersandarkan kepada antara lainnya Firman Allah Ta'ala, maksudnya:


Dan hendaklah kamu persaksikan dua orang yang adil dari kalangan kamu”. (At Talaq:2)

Firman Allah lagi, maksudnya:

Dan hendaklah menegakkan syahadah semata-mata kerana Allah”. (At-Talaq:2)

Firman Allah Ta’ala lagi, maksudnya:


Dan janganlah kamu menyembunyikan syahadah dan sesiapa yang menyembunyikannya maka sesungguhnya berdosalah hatinya”. (Al-Baqarah: 283)

Oleh kerana itu para pengundi haruslah mempunyai syarat-syarat yang ada pada saksi, antara lainnya bersifat adil. Mereka memberikan persetujuan kepada seseorang calon itu hanya berdasarkan kelayakan peribadi dan matlamat pencalonan seperti mana hadith Rasulullah s.a.w. yang maksudnya:


“Aku memberi baiah kepada kamu dengan syarat kamu menegakkan kepada kami Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya”.

Mendaftar Diri Sebagai Pemilih

Adalah diingatkan bahawa menegakkan pemerintahan Islam di Malaysia memerlukan kepada proses mendapat suara majoriti di dalam dewan rakyat atau dewan negeri. Untuk mendapat suara majoriti di dewan rakyat atau dewan undang
an negeri mestilah memenangi kerusi terbanyak di dalam dewan-dewan tersebut.

Untuk memenangi kerusi-kerusi yang dipertandingkan di dalam pilihanraya mestilah mempunyai pengundi yang ramai (majoriti). Undi yang serupa itu tidak akan diperolehi kecuali para pencinta Islam layak menjadi pengundi.

Mereka tidak akan layak mengundi (mengikut peraturan yang ada) kecuali mereka didaftarkan sebagai pemilih. Oleh kerana itu dan berdasarkan kepada fakta-fakta yang telah kita bentangkan di atas dan berdasarkan kaedah fiq
h:

“Sesuatu yang wajib tidak sempurna melainkan dengannya maka ia menjadi wajib”.

Maka dengan itu mendaftarkan diri sebagai pengundi di dalam negara Malaysia ini adalah menjadi wajib mengikut hukum syara’.

Kesimpulan dan Penutup

Semua mengetahui bahawa melaksanakan hu
kum syara’ itu adalah wajib. Ia tidak boleh dilaksanakan kecuali wujudnya kerajaan Islam. Maka mewujudkan kerajaan Islam adalah wajib.
Dalam konteks Malaysia hari ini, proses menegakkan kerajaan Islam dibenarkan oleh undang-undang adalah melalui pilihanraya, maka menyertai pilihanraya untuk tujuan tersebut adalah wajib. Seseorang itu tidak mengundi di dalam pilihanraya kecuali dia adalah seorang yang layak dan berdaftar sebagai pemilih secara sah. Maka mendaftarkan diri sebagai pemilih adalah wajib.

“Sesuatu yang wajib tidak sempurna melainkan dengannya akan ia menjadi wajib”

Wallahu'alam.

Anak melayu juara pertandingan sediakan arak.


KUALA LUMPUR, 22 Jun (Hrkh) - Apa nak jadi dengan umat Islam di negara ini? Tidak cukup dengan pelbagai gejala yang melanda, kini disebut pula sebagai juara dan pakar penyediaan arak Malaysia! Demikian antara yang termampu diucapkan dengan pendedahan yang dikemukakan oleh Pemuda PAS Wilayah Persekutuan. Dalam emel yang dihantar, turut dirakamkan beberapa gambar sang Juara Melayu yang sedang asyik menyediakan arak dalam sebuah pertandingan di ibu kota. Ikuti pendedahan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan ini.

Di Petik dari Harakahdaily



MasyaAllah apa lg ni anak melayu, tak habih2 keluar cerita pasal anak melayu. Dah jelas arak dosa besar spt mana firmanNya:

Mereka bertanya kepadamu tentang khamar dan judi. Katakanlah: "Pada keduanya terdapat dosa yang besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya." Dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan. Katakanlah: " Yang lebih dari keperluan. "Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu supaya kamu berfikir,
[AlBaqarah:219]

Dan di haramkan arak atas firman Allah lagi:

Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah[434], adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. [AlMa'idah:90]

Dan Rasulullah melaknat 10 golongan ini pula tak kiralah apa kerja yg ia buat asalkan dari
arak:

“Rasulullah s.a.w. melaknat tentang arak, sepuluh golongan: (1) yang memerasnya, (2) yang minta diperaskannya, (3) yang meminumnya, (4) yang membawanya, (5) yang minta dihantarinya, (6) yang menuangkannya, (7) yang menjualnya, (8) yang makan harganya, (9) yang membelinya, (10) yang minta dibelikannya.”

Ni lah dia kalau diikut telunjuk org2 kafir yg sentiasa nk menjahanamkan org melayu, kononnya nak jaga hati para pelancong yg berkunjung ke hotel2 terkemuka.
Kenapa org melayu yg dah jelas nama mereka menunjukkan mereka ini islam.


Tiga orang anak Melayu yang menyertai pertandingan Belvedere Bartender of the Year 2007 (Malaysia) anjuran Syarikat Malaysia Belvedere Vodka dilaporkan menguasai pertandingan ini.

Acara ini melibatkan penyediaan Koktail bagi minuman arak jenis Belvedere Vodka dan setiap peserta dikehendaki menyediakan salah satu dari tiga jenis Belvedere Vodka iaitu Belvedere Pure, Belvedere Cytrus atau Belvedere Pomarancza.

Program yang diadakan Frangipani Bar, Bukit Bintang turut dimeriahkan oleh artis Melayu dari Sarawak.

Mohd Adzhar Ahmad, bartender dari Qba, The Westin Kuala Lumpur telah diistiharkan sebagai pemenang dan Rizal Junior Johari dari QBA juga telah memenangi tempat kedua Tempat ketiga pula jatuh kepada Mohd Erik Fiza Zulkifle dari The Loft Kuala Lumpur.

Ini hanyalah sebahagian kecil dari gejala-gejala yang telah merosak anak-anak Melayu. lantaran inginkan keseronokkan dunia dan kemewahan wang ringgit beserta sedikit kemasyuran mereka telah diperdaya dan akhirnya terus tenggelam hanyut dalam dunia hitam ini.

alangkah malunya kita org2 melayu yg mengaku beragama islam melakukan sebegini rupa, kemana perginya agama mereka. Adakah krn keuntungan duniawi akan membuatkan mereka bahagia?


Fikir-fikirlah apa yang akan kita lalui selepas ini. Sesungguhnya setiap amal itu akan dihitung oleh malaikat, dan akhirat kelak kita akan nikmati hasil yang kita usahakan pada hari ini. Baik buruk telah kita diajarkan maka pandai-pandailah bawa diri.

Seperti mana yg diriwayatkan oleh hadis tadi yg disebutkan diatas, Rasulullah s.a.w telah melaknat 10 golongan tersebut atas perbuatan arak ini.

Didalam kitab Qawaid Fiqhiah juga ada menyebut
"Apa yang diharamkan oleh Allah untuk kita mengambil, maka Haram juga untuk kita memberi"
arak itu adalah haram utk kita mengambil maka diharamkan juga utk kita memberi. Maka wajiblah bagi kita orang melayu yang mengaku beragama islam tidak mengambil atau tidak memberi benda yg jelas diHaramkan oleh-Nya.

Wallahu ta'ala a'lam.


Wednesday, June 20, 2007

KELAZATAN IKATAN PERSAUDARAAN.

71. Dan Allah telah melebihkan sebahagian dari kamu atas sebahagian Yang lain pada rezeki Yang dikurniakanNya; Dalam pada itu, orang-orang Yang diberi kelebihan itu tidak mahu memberikan sebahagian dari kelebihan hartanya kepada hamba-hamba mereka, supaya orang-orang itu dapat sama mempunyai harta. maka mengapa mereka tergamak mengingkari nikmat Allah itu?

[surah An Nahl: 71]

Ayat ini adalah salah satu dasar ukhuwah dan persamaan dalam islam.


21. Dan orang-orang Yang menghubungkan perkara-perkara Yang disuruh oleh Allah supaya dihubungkan[771], dan Yang menaruh bimbang akan kemurkaan Tuhan mereka, serta takut kepada kesukaran Yang akan dihadapi semasa soal jawab dan hitungan amal yang buruk(pada hari kiamat); -

[771]. Iaitu yang mengadakan hubungan silaturrahim dan tali persaudaraan.

Sahabat...

Sesungguhnya persaudaraan kita merupakan buah dari ketinggian akhlak, dan tafarruq (perselisihan) kita merupakan akibat dari rendahnya akhlak. Akhlak yang bagus membuahkan rasa saling cinta, saling sayang, dan saling memberikan manfaat. Kerana itu, cinta melahirkan ukhuwah. Ukhuwah yang telah

digambarkan secara mengharukan oleh Bilal, Amar dan Zaid, atau Umar, Ali dan Utsman, yang bersanding dan bercinta kerana Allah. Kasih sayang diantara mereka merupakan gambaran jalin ukhuwah yang dikandung dalam perut iman, dan terlahir dari ibu yang bernama iman.

Ukhuwah bererti bersatunya hati-hati yang ruhnya terikat dengan ikatan akidah. Kerananya, persaudaraan adalah bentuk keimanan yang terikat dengan akidah yang amat kuat. Sementara perpecahannya adalah gambaran kekufuran, yang menempatkan keimanan dan kasih sayang di tempat sampah. Oleh kerana itu, manusia yang benar fikrahnya adalah manusia yang melihat saudaranya lebih utama dibanding dirinya sendiri. Jika perkara ini terjadi, ukhuwah akan terasa sangat indah, nikmat, dan manis.

Sahabat...

Persaudaraan dan saling mencintai kerana Allah adalah salah satu ibadah yang paling utama dalam agama kita. Siapapun yang berupaya mewujudkannya, tiada perkara lain baginya kecuali syurga yang maha indah. Rasulullah Saw bersabda, "Barangsiapa bersaudara dengan seseorang kerana Allah, maka Allah mengangkatnya satu darjat di syurga, yang tidak didapatnya dengan sesuatu amalan lainnya".

Ibnu Jarir pun meriwayatkan sabda Rasulullah Saw. dari Ibnu 'Abbas ra., ia berkata, "Barangsiapa mencintai seseorang kerana Allah, membenci seseorang kerana Allah, membela seseorang kerana Allah, dan memusuhi seseorang kerana Allah, maka sesungguhnya kecintaan dan pertolongan dari Allah boleh diperoleh dengan perkara tersebut.

Seorang hamba tidak akan menemukan nikmatnya iman, sekalipun banyak sholat dan shaum, sehingga dia bersikap demikian. Persahabatan diantara manusia pada umumnya didasarkan atas kepentingan dunia, namun perkara itu tidak berguna sedikitpun bagi mereka."

Sahabat...

Cinta seorang Mukmin adalah kekuatan. Ia bagaikan perekat yang mengikat batu bata individu Muslim dalam sebuah bangunan yang kukuh dan tidak mudah roboh. Allah Swt. Berfirman;


10. Sebenarnya orang-orang Yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat. [Surah Al Hujurat: 10]

Sementara itu, Rasulullah Saw bersabda, "Mukmin yang satu terhadap Mukmin yang lain itu bagaikan bangunan yang mengikat antara sebagian dengan sebagian yang lainnya. " HR. Muttafaqun 'Alaih.

Persaudaraan merupakan buah dan konsekuensi keimanan yang amat sangat indah. Kerana itu, kita harus sama-sama yakin bahawa keindahanNya qadim. KeagunganNya tinggi. Kekuasaan dan penguasaanNya Maha Dahsyat. KeindahanNya berpadu dengan kemuliaan. KeagunganNya berpadu dengan keluhuran. KebesaranNya tidak pernah berakhir. KeindahanNya pesona hati. KeagunganNya meningkatkan cinta. Sungguh, tiada cinta yang hakiki kecuali cintaNya kepada kita sebagai makhlukNya, dan cinta kita kepadaNya.

Adakah kita merasakan semuanya? Wallahualam.