Sunday, June 24, 2007

Anak melayu juara pertandingan sediakan arak.


KUALA LUMPUR, 22 Jun (Hrkh) - Apa nak jadi dengan umat Islam di negara ini? Tidak cukup dengan pelbagai gejala yang melanda, kini disebut pula sebagai juara dan pakar penyediaan arak Malaysia! Demikian antara yang termampu diucapkan dengan pendedahan yang dikemukakan oleh Pemuda PAS Wilayah Persekutuan. Dalam emel yang dihantar, turut dirakamkan beberapa gambar sang Juara Melayu yang sedang asyik menyediakan arak dalam sebuah pertandingan di ibu kota. Ikuti pendedahan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan ini.

Di Petik dari Harakahdaily



MasyaAllah apa lg ni anak melayu, tak habih2 keluar cerita pasal anak melayu. Dah jelas arak dosa besar spt mana firmanNya:

Mereka bertanya kepadamu tentang khamar dan judi. Katakanlah: "Pada keduanya terdapat dosa yang besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya." Dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan. Katakanlah: " Yang lebih dari keperluan. "Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu supaya kamu berfikir,
[AlBaqarah:219]

Dan di haramkan arak atas firman Allah lagi:

Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah[434], adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. [AlMa'idah:90]

Dan Rasulullah melaknat 10 golongan ini pula tak kiralah apa kerja yg ia buat asalkan dari
arak:

“Rasulullah s.a.w. melaknat tentang arak, sepuluh golongan: (1) yang memerasnya, (2) yang minta diperaskannya, (3) yang meminumnya, (4) yang membawanya, (5) yang minta dihantarinya, (6) yang menuangkannya, (7) yang menjualnya, (8) yang makan harganya, (9) yang membelinya, (10) yang minta dibelikannya.”

Ni lah dia kalau diikut telunjuk org2 kafir yg sentiasa nk menjahanamkan org melayu, kononnya nak jaga hati para pelancong yg berkunjung ke hotel2 terkemuka.
Kenapa org melayu yg dah jelas nama mereka menunjukkan mereka ini islam.


Tiga orang anak Melayu yang menyertai pertandingan Belvedere Bartender of the Year 2007 (Malaysia) anjuran Syarikat Malaysia Belvedere Vodka dilaporkan menguasai pertandingan ini.

Acara ini melibatkan penyediaan Koktail bagi minuman arak jenis Belvedere Vodka dan setiap peserta dikehendaki menyediakan salah satu dari tiga jenis Belvedere Vodka iaitu Belvedere Pure, Belvedere Cytrus atau Belvedere Pomarancza.

Program yang diadakan Frangipani Bar, Bukit Bintang turut dimeriahkan oleh artis Melayu dari Sarawak.

Mohd Adzhar Ahmad, bartender dari Qba, The Westin Kuala Lumpur telah diistiharkan sebagai pemenang dan Rizal Junior Johari dari QBA juga telah memenangi tempat kedua Tempat ketiga pula jatuh kepada Mohd Erik Fiza Zulkifle dari The Loft Kuala Lumpur.

Ini hanyalah sebahagian kecil dari gejala-gejala yang telah merosak anak-anak Melayu. lantaran inginkan keseronokkan dunia dan kemewahan wang ringgit beserta sedikit kemasyuran mereka telah diperdaya dan akhirnya terus tenggelam hanyut dalam dunia hitam ini.

alangkah malunya kita org2 melayu yg mengaku beragama islam melakukan sebegini rupa, kemana perginya agama mereka. Adakah krn keuntungan duniawi akan membuatkan mereka bahagia?


Fikir-fikirlah apa yang akan kita lalui selepas ini. Sesungguhnya setiap amal itu akan dihitung oleh malaikat, dan akhirat kelak kita akan nikmati hasil yang kita usahakan pada hari ini. Baik buruk telah kita diajarkan maka pandai-pandailah bawa diri.

Seperti mana yg diriwayatkan oleh hadis tadi yg disebutkan diatas, Rasulullah s.a.w telah melaknat 10 golongan tersebut atas perbuatan arak ini.

Didalam kitab Qawaid Fiqhiah juga ada menyebut
"Apa yang diharamkan oleh Allah untuk kita mengambil, maka Haram juga untuk kita memberi"
arak itu adalah haram utk kita mengambil maka diharamkan juga utk kita memberi. Maka wajiblah bagi kita orang melayu yang mengaku beragama islam tidak mengambil atau tidak memberi benda yg jelas diHaramkan oleh-Nya.

Wallahu ta'ala a'lam.


No comments: